Search

Cicah Roti Dengan Gulai Ikan Jenahaq

Me...

  • Share this:

Cicah Roti Dengan Gulai Ikan Jenahaq

Memang menunggu gulai ikan yang tak habis semalam. Hari ini panaskan gulai semalam (perangat kata orang Kedah/negeri atas angin).

Kebetulan saya baru sahaja turun memanaskan badan bermain badminton malam Sabtu yang lepas. Semangat masih tinggi nak kurangkan berat badan dan kuatkan stamina. Kena kurangkan makan sikit. Tak pasti saya mampu lakukan semua ini tetapi inilah langkah permulaan kepada satu perjalanan yang jauh. Langkah permulaan yang paling sukar. Langkah kedua selalunya mudah dan menghiburkan.

Habis 3 keping roti dicicah sedap. Moga2 dapat tahan kenyang sampai pagi.

Apa2pun, nikmat mencicah gulai semalam adalah suatu yang hebat. Saya jarang upload cerita makan. Tapi saya share cerita ini sebab ini cerita rakyat. Dari kecil sampai dewasa, di kampung dan bandar, menu ini adalah sentiasa segar dan menyegarkan.

MDB


Tags:

About author
not provided
Pengerusi Eksekutif Amanie Group, Presiden IIUM ke 8, Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara
View all posts